Ahad, 1 April 2012

KETEGURAN UNTUK HOSPITAL KENINGAU

catatan ini khusus utk hospital keningau sabah, dan am untuk hospital d seluruh malaysia.Bertarikh 24 feb(tahun di rahsiakan). Jam menunjukkan 8.20 pagi, masih belum ada pegawai yg bertugas di kaunter pakar. keadaan hospital area bersih selamat, selesa dan kakitangan hospital yg bertugas juga peramah. hospital dilengkapi dgn pelbagai kelengkapan utk keselesaan pesakit. tv ada, kipas cukup, aircond pun mantap. Jam 8.28 giliran no.1 dipanggil.

tahniah, syabas teruskan kecemerlangan di bawah arahan pengarahnya. 5s memang mantap dan hebat. jabatan lain perlu contohi. Yg belum mula 5s bila lagi nak mula? Tapi 1 perkara perlu ditambah baik........(bersambung)

Khamis, 22 Mac 2012

AKTIFKAN DIRI MU (RIWAYAT HOTLINK)

AKAN KEMBALI MENULIS.. LUAHAN RASA SUSUNAN KATA.

Rabu, 29 April 2009

3 SIFAT UNGGUL BABI @ KHINZIR

Seorang yang suka melihat kebaikan, dia akan mendapati kebaikan pada setiap sesuatu. sebaliknya orang yang suka melihat keburukan, dia akan mendapati keburukan pada setiap sesuatu.. orang yang melihat kebaikan pada diri orang lain maka kebaikan akan datang pada dirinya.. respect pada orang akan lahir, tidak memandang rendah, kasih juga akan wujud di sanubari.. walaupun,.... 'orang itu adalah sampah dalam masyarakat'. Namun orang yg sentiasa melihat keburukan diri orang lain, maka keburukanlah yg akan datang pada dirinya sendiri.. akan wujud rasa hina pada orang lain, benci, hilang rasa hormat, dan memandang rendah pada orang.. walaupun,... 'Orang itu adalah seorang Ulama' warisatul ambiya'.
Bila sudah nampak keburukan, walaupun hanya satu keburukan pada dirinya, maka terhapuslah 99 kebaikan yang ada pada dirinya.. tidak lagi dipandang.. mata tidak lagi memandang pada sifat baiknya. Oleh itu, saya menyeru pada diri saya dan seluruh umat, "Carilah kebaikan, carilah kebaikan, carilah kebaikan, jangan pandang keburukan dan sebarkanlah kebaikan, jangan sebar keburukan"..

lihat pada seekor khinzir, apa yang ada pada dirinya???? ramai orang menghinanya, ramai orang memandangnya jijik, semua sepakat wajahnya hodoh dan juga kotor??? walhal sebenarnya, di sisi Allah swt, ada manusia yang lebih hina daripada seekor khinzir... asbab tidak ada taat dan takwa pada Allah swt.. Manusia menghina khinzir? sedangkan Khinzir adalah makhluk ciptaan Allah yang sentiasa berzikir pada Allah.. Kita sebagai manusia, berapa banyak kita mengingati Allah??.

Bila kita melihat pada kebaikan, maka kita juga akan mendapati kebaikan pada seekor khinzir..
ADA 3 SIFAT UNGGUL KHINZIR @ BABI:
1. BANGUN AWAL - Sebelum subuh dah bangun.
2. RENDAH PANDANGAN - bila berjalan, tunduk kepalanya.
3. SENTIASA BERKHIDMAT - Benda-benda kotor semua dia sedut.

Jadi, fikir-fikirkanlah, ukur-ukurlah dan banding-bandingkanlah. dimana diri kita.. Adakah diri kita lebih mulia daripada malaikat? atau lebih rendah dan lebih hina daripada seekor Khinzir... renung-renungkanlah....

Ahad, 23 November 2008

Kenali Dia

Dia yg memiliki kerajaan langit juga kerajaan di bumi... Dia berkuasa beri kerajaan pada siapa yg Dia kehendaki, Dia berkuasa runtuhkan kerajaan daripada siapa yg Dia kehendaki. Dia yg dtgkan mlm kpd siang dan Dialah yg mdtgkn siang kpd mlm.. Dia menghidupkan benda yg mati dan Dialah yg mematikan benda yg hidup.. Dia yg mewujudkan benda drp tiada kpd ada dan Dialah yg melenyapkan benda drp ada kpd tiada.. seluruh makhluk, yg besar atau yg kecil, yg tinggi atau yg rendah, yg zahir atau yg ghaib, yg diketahui atau yg tdk diketahui, yg difahami atau yg tdk difahami, yg dpt dilihat atau tdk dpt dilihat.. segalanya.. dicipta oleh Dia. 7 petala langit dan 7 petala bumi dlm genggamanNya.. tdk akan bergerak 1 butir pasir di dasar lautan yg terdalam melainkan dgn kawalanNya. Tidak akan gugur sehelai daun di hutan rimba melainkan dalam peraturanNya. Tidak ada yg paling manis diucapkan melainkan menyebut namaNya.. MerinduiNya tersimpan 1 khazanah utk yg merindui.. susah menjadi senang, berat menjadi ringan, jauh menjadi dekat, tinggi menjadi rendah, besar menjadi kecil, dalam menjadi cetek, sakit menjadi sihat, lapar menjadi kenyang, lemah menjadi kuat apabila..., mencintai Dia. Bila mencintai Dia, pasti tdk akan dikecewakan, tidak akan ditinggalkan, tdk akan disakiti, tdk akan dilupakan,.. tiada lg tidak yg dpt diungkapkan...

INTRO DESIRE

Di dahului dengan kalimah agung, LAA ILAA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASUULULLAH..